Pengikut

Rabu, 22 Februari 2012

Kerja Kursus Sejarah PMR 2012

ugasan Bagi Kerja Kursus Sejarah PMR 2012
Tugasan 1
Anda ditugaskan membuat kajian berkaitan produk tempatan yang terdapat di negara kita, Malaysia berdasarkan satu daripada tajuk berikut :
i. makanan
ii. pakaian
iii. kraf tangan
iv. pertukangan ( kerja kayu atau kerja logam )
Ulasan awal saya
- kalau nak buat kerja kursus dengan lebih mudah cari mana-mana pengusaha makanan / pakaian / kraftangan / tukang yang berdekatan dengan tempat anda
- perkara ini akan memudahkan kita membuat kajian terutama dalam hal kaedah melawat tempat kajian
- jadi kita boleh gunakan ia sebagai satu daripada bahan untuk elemen 1
- contoh produk makanan rasanya ialah pengeluaran kerepek / bahulu / dodol / mi / kicap / budu / cencalok / mi siput / kuih raya dll yang sesuai
- bagi pakaian agak susah sikit kerana tidak semua tempat ada mengeluarkan produk jenis ini. Kalau kawasan tempat tinggal anda ada perushaan pakaian ( buat baju kurung / baju Melayu / blazer / kot / baju korporat / t shit pelajar / pakaian seragam ) boleh anda buat bahagian / tajuk ini
- kraftangan ialah tajuk yang paling senang kerana banyak tempat ada benda ini macam perushaan batik / songket / songkok / keris / tikar / alatan berasaskan buluh , kraftangan daripada rotan / kraftangan daripada kertas surat khabar dll.
- Pertukangan kayu atau logam agak susah sebab tak banyak yang ada.
- Jadi kesimpulan apa yang dibuat ialah cari tempat dulu yang sesuai barulah pilih tajuk
- Jarak juga memainkan peranan
- Kalau pengusaha itu nakkan surat daripada sekolah biasanya pihak sekolah akan sediakan awal-awal lagi untuk semua pelajar – kena rujuk cikgu sejarah tingkatan 3

soalan elemen 3

TUGASAN 2
Tulis satu esei tidak kurang daripada 100 patah perkataan yang mengandungi pengamalan
unsur patriotisme berdasarkan soalan di bawah.
Soalan:
BELILAH BARANGAN BUATAN MALAYSIA
Bagaimanakah slogan di atas dapat menyuburkan semangat patriotisme dalam kalangan
rakyat di negara kita?

Rabu, 1 Februari 2012

Beralih arah..dari Novel ke buku motivasi,,,,


Bayangkan ketika anda dilanda kegusaran, dihantui kegelisahan malah sesak nafas kerana didera oleh pelbagai permasalahan yang menghantui hidup, cukuplah berkata dengan suara yang lantang, JANGAN BERSEDIH. Namun apakah cukup dengan itu? Adakah ia akan mengeluarkan anda dari segala masalah yang menimpa? Sebagai saranan yang baik, anda harus membaca buku ini, LA TAHZAN (JANGAN BERSEDIH).
Karangan seorang doctor dalam bidang hafiz (hafalan hadith) ini sehingga tahun 2004 bukutelah diulang cetak sehingga cetakan ke 11. Sememangnya Dr. Aidh Al- Qarni cuba untuk membawa kelainan dalam penulisan buku yang bertemakan motivasi yang ada di pasaran. Tidak hairanlah ia bertahan sebagai buku yang terlaris selama dua tahun di dunia Arab.
Kelainan buku ini terletak pada pengisiannya yang bersumberkan aspek ketuhanan (rabbani) tanpa mengabaikan sisi kehidupan dunia. Malah kita diajak untuk melihat sisi dunia dengan kacamata yang seimbang. Cubalah anda bandingkan buku ini dengan buku yang sangat berpengaruh dan pernah menjadi best seller, misalnya,The Seven Habbit of Higly Effective,anda akan mendapati ia akan memandu kita untuk menjadi bahagia di dunia semata-mata dan meninggalkan kepentingan akhirat. Tambahan pula tiada pengisian kerohanian yang diberikan. Disinilah, orang-orang yang beriman memerlukan sentuhan kerohanian yang akan memberi input mengenai soal ketuhanan. Inilah perbezaan besar antara buku-buku motivasi karanagan penulis barat dengan buku LA Tahzan ini.

Sememangnya tulisan dalam buku ini menyajikan resepi yang mujarab dengan menunjukkan kita bagaimana meniti jalan kehidupan yang penuh pancaroba serta membangunkan kehidupan yang bahagia dengan satu kata kunci : La Tahzan, Jangan Bersedih. Melalui kata kunci ini, kita akan sentiasa optimis dengan kehidupan malah tidap pernah pula dirisaukan dengan masa lalu yang duka dan tidak pula dihambat oleh perasaan bimbang oleh masa depan yang mendatang. Tegasnya, kita akan menjadi insan yang bekerja dan berusaha untuk hari ini dengan mencurahkan segala daya usaha dan kekuatan beserta keyakinan yang total, hasil akhirnya adalah terletak pada Allah.
Percaya atau tidak, penulis mengingatkan bahawa dunia ini akan menjadi indah jika kita menikmatinya dengan senyuman, bukan dengan wajah yang suram, hati yang duka serta kesedihan yang berterusan. Malah, buku ini ditulis adalah untuk mendatangkan kebahagiaan, ketenangan,kedamaiaan,kelapangan hati, membuka pintu optimis dan menyingkirkan segala kepayahan agar dapat membina masa depan yang indah.
Harus diakui, kekuatan buku ini terletak pada penyertaan dalil-dalil al-Quran dan hadith yang sesuai bagi setiap tema perbahasan. Selain itu, dinukilkan juga kisah yang penuh pengajaran, bait-bait syair yang mempesonakan dan kutipan kata-kata bijak pandai. Semua ini adalah rangkuman untuk memberikan keenakan kepada pembaca agar sentiasa bahagia sepanjang meniti hidup ini.
Tidak rugi kiranya untuk menghadam buku ini, seolah-olah ia berbicara kepada kita , “Bergembiralah dan berbahagialah !” Amat sesuai untuk semua peringkat kerana perbahasannya tidak terlalu panjang, penuh hikmah dan gaya bahasa yang mudah. Sesungguhnya buku ini didatangkan khas buat mereka yang sentiasa hidup dalam bayang-bayang kegelisahan, kesedihan yang mengulit diri atau pun buat insan yang sukar untuk tidur kerana dibebani kedukaan, tidak salah untuk anda membaca buku ini. Pastinya ia penuh dengan saranan yang membahagiakan
HAK CIPTA CIKGU ZARIMAH OTHMAN