Pengikut

Jumaat, 23 Mac 2012

Elemen 3 / Esei

Kerja kursus sejarah - elemen 3

- TUGASAN 2
Tulis satu esei tidak kurang daripada 100 patah perkataan yang mengandungi pengamalan
unsur patriotisme berdasarkan soalan di bawah.
Soalan:
BELILAH BARANGAN BUATAN MALAYSIA
Bagaimanakah slogan di atas dapat menyuburkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat di negara kita?

Pelancaran kempen terbaru itu, selepas kali pertama diadakan pada 1998, menandakan komitmen serta kesungguhan kerajaan untuk menggalakkan rakyat mengutamakan barangan tempatan. Kempen itu dianggap bertepatan dalam suasana ekonomi global yang tidak menentu dan diramal bertambah gawat dalam tempoh mendatang ini.Usaha kerajaan mengadakan kempen ini bertunjangkan pada beberapa matlamat seperti atas faktor kepentingan perusahaan tempatan , melindungi pengguna dan mengerakkan ekonomi negara ini melalui kuasa beli rakyat. Dengan membeli barangan tempatan, ia bukan saja menyekat aliran wang ke luar negara, tetapi lebih penting menggalakkan pembangunan industri atau perusahaan tempatan.Tuntasnya tindakan ini merupakan suatu bentuk tindakan yang wajar dan selari dengan aspirasi negara

Rakyat negara ini mempunyai banyak pilihan produk tempatan. Daripada barangan elektronik, keperluan rumah dan perhiasan, sehinggalah kepada barangan keperluan harian seperti makanan. Sebagai negara membangun, Malaysia sebenarnya telah banyak menghasil dan mengeluarkan pelbagai barangan serta produk sendiri. Pendek kata negara ini sudah mampu 
berdikari dalam usaha memenuhi keperluan dan kehendak masyarakatnyaMungkin sudah tiba masanya bagi rakyat kita tidak lagi mengagungkan barangan luar. Sebabnya, barangan keluaran tempatan kini sudah setanding dengan produk luar dari segi kualitinya, malahan sesetengah produk keluaran negara kita dijamin lebih baik lagi. Dalam nada yang samasemangat cinta akan negara mampu menjadi benteng utuh dalam menggerakkan minda rakyat di negara ini bagi kepentingan bersama . Lantas ia mampu melahirkan suatu rupa bentuk masyarakat yang bersatu padu
Sebagai negara membangun, Malaysia sebenarnya telah banyak menghasil dan mengeluarkan pelbagai barangan serta produk sendiri.Mungkin sudah tiba masanya bagi rakyat kita tidak lagi mengagungkan barangan luar. Sebabnya, barangan keluaran tempatan kini sudah setanding dengan produk luar dari segi kualitinya, malahan sesetengah produk keluaran negara kita dijamin lebih baik lagi.Dalam menghadapi cabaran globalisasi, kita perlu mengikis sikap ego yang sememangnya pun tidak menguntungkan.Demikian juga sikap prejudis memandang rendah barangan tempatan, ia perlu dibuang jauh dari sudut pemikiran kita dan sebaliknya membina semangat “Malaysia Boleh” dari serba-serbi, termasuk soal kualiti dan standard barangan sendiri.Dalam nada yang sama kita sebagai rakyat negara ini wajar berganding bahu membangunkan negara di samping menyahut inspirasi dan halatuju kempen ini hingga mencapai matlamat yang diharapkan.

Sebut saja jenis produk, Malaysia mempunyai segala-galanya. Misalnya kereta, kita telah merintis lebih awal industri automotif, malahan kenderaan keluaran negara kita telah banyak yang menembusi pasaran luar negara.Barangan elektronik seperti televisyen, peti sejuk, penghawa dingin dan kipas juga semakin banyak jenama buatan Malaysia membanjiri pasaran.Ini tidak termasuk barangan berasaskan kain seperti pakaian, pelbagai jenis produk telah dihasilkan oleh pengusaha untuk menandingi produk luar negara.Kita seharunya berasa 
bangga dan bersyukur menjadi rakyat negara ini.

Yang penting sebenarnya ialah perubahan dari segi mentaliti dan sikap orang kita sendiri, untuk beralih kepada barangan tempatan.Selagi sikap dan mentaliti tidak diubah dan kita terus mengagungkan barangan luar, maka selagi itulah kita tidak dapat mengembangkan produk tempatan negara ini. Tuntasnya rakyat negara ini wajar berada pada pihak 
peka kepada masalah dan isu yang berkaitan dengan negara.

0 ulasan:

HAK CIPTA CIKGU ZARIMAH OTHMAN