Ahad, 22 Januari 2012
Rabu, 18 Januari 2012
Selasa, 17 Januari 2012
Selasa, 3 Januari 2012
Luka di Hatiku
Sajak ini sudah 4 tahun tersimpan dalam dompet, di ambil dari keratan akhbar, saya sangat suka ...macam kena kat batang hidung ya..
Luka Di Hatiku
Luka di hati ini telah menelan waktu yang panjang,
kesakitannya telah mengajar aku erti sabar tabah,
cukup mendewasakan
sehingga aku dapat membaca
sekian silapku di jalan semalam
Aku tak ingin lagi luka ini
berdenyut terus
kalau pun tidak segera ini hari
besok pastikan berbalut
Aku manusia yang sudah lama hidup
menderita
biarlah pada hari-hari yang sayup ini
sebelum menutup usia
aku mampu mengukir senyuman bahagia
menghirup hidup yang sejahtera
Luka Di Hatiku
Luka di hati ini telah menelan waktu yang panjang,
kesakitannya telah mengajar aku erti sabar tabah,
cukup mendewasakan
sehingga aku dapat membaca
sekian silapku di jalan semalam
Aku tak ingin lagi luka ini
berdenyut terus
kalau pun tidak segera ini hari
besok pastikan berbalut
Aku manusia yang sudah lama hidup
menderita
biarlah pada hari-hari yang sayup ini
sebelum menutup usia
aku mampu mengukir senyuman bahagia
menghirup hidup yang sejahtera
Jumaat, 30 Disember 2011
Semak Tawaran Permohonan Ke SM Teknik dan SM Vokasional Tahun 2012
Semakan Tawaran ke Kolej Vokasional, SM Teknik dan SM Vokasional Tahun 2012
Sukacita dimaklumkan bahawa Semakan Tawaran ke Kolej Vokasional, SM Teknik dan SM Vokasional Tahun 2012 telah dibuka hari ini melalui laman sesawang di sini.
Harap maklum.
Bagi yang tidak berjaya, boleh isi borang rayuan di sekolah Teknik yang dipohon secepat mungkin
Rabu, 28 Disember 2011
Isnin, 26 Disember 2011
Semak Keputusan Permohonan Tingkatan 1 KRK 2012
Para pelajar lepasan UPSR 2011 yang ada membuat permohonan kemasukan ke Tingkatan Satu Kelas Rancangan Khas (KRK) 2012 sudah boleh menyemak keputusan permohonan mereka.

Semakan Keputusan Permohonan Tingkatan 1 KRK
- Semakan boleh dibuat di laman web Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) atau menghubungi Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) yang berkenaan atau sekolah asal pemohon.
- Angka giliran UPSR diperlukan untuk membuat semakan.
Rayuan Tingkatan 1 KRK
- Mereka yang gagal mendapat tawaran boleh membuat rayuan dengan menggunakan borang rayuan yang disediakan.
- Semua borang rayuan perlu dihantar ke Pejabat Pelajaran Daerah yang berkenaan.
- Tarikh akhir menghantar borang rayuan adalah pada 12 Januari 2012.
- Jika pemohon tidak dihubungi dalam tempoh sebulan dari tarikh tutup rayuan, maka permohonan rayuan dianggap gagal.
Surat Tawaran Tingkatan 1 KRK
Surat tawaran untuk semua calon yang berjaya boleh diperolehi di sekolah asal (Sekolah Kebangsaan) pemohon. Sila hubungi sekolah asal pemohon untuk maklumat lanjut.
Senarai Jabatan Pelajaran Negeri
Berikut adalah pautan ke laman web Jabatan Pelajaran Negeri (JPN);
- Jabatan Pelajaran Johor
- Jabatan Pelajaran Kedah
- Jabatan Pelajaran Kelantan
- Jabatan Pelajaran Labuan
- Jabatan Pelajaran Melaka
- Jabatan Pelajaran Negeri Perlis
- Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang
- Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan
- Jabatan Pelajaran Negeri Wilayah Persekutuan
- Jabatan Pelajaran Pahang
- Jabatan Pelajaran Perak
- Jabatan Pelajaran Sabah
- Jabatan Pelajaran Sarawak
- Jabatan Pelajaran Selangor
- Jabatan Pelajaran Terengganu
- Pejabat Pelajaran WP Putrajaya
Maklumat
- Tarikh dan maklumat di atas mungkin ada perbezaan di antara JPN.
- Jika terdapat sebarang pertanyaan mengenai keputusan permohonan Kelas Rancangan Khas ini sila berhubung dengan sekolah pemohon atau Jabatan Pelajaran Negeri atau Pejabat Pelajaran Daerah yang berkenaan.
Langgan:
Catatan (Atom)


