Assalamualaikum..sudah lama tidak update blog ini...untuk hari ini, nak share Soalan Kerja Kursus Sejarah PMR 2013...rasanya agak senang tajuk pada tahun ini...Buat Habis Baik...
http://www.moe.gov.my/lp/files/pmr/Kerja%20Kursus%20PMR%202013/2013%2021-2%20kk%20CRC_Sej.pdf
Sabtu, 16 Februari 2013
Sabtu, 19 Mei 2012
Sabtu, 21 April 2012
Ahad, 1 April 2012
Contoh RPH GPM
CONTOH RPH GPM - SUMBER BTP NEGERI SELANGOR 2011
Tajuk : Pengurusan dan Pentadbiran PSS ( PPPSS) Merancang dan melaksana susun atur PSS,
- Membuat tunjuk arah dan panduan penggunaan bahan
Masa : 35 minit (7.30 – 8.05 Pagi)
Objektif : 1. Memberi maklumat dan arahan kepada pengguna.
2. Menambahkan keceriaan di PSS
Aktiviti : 1. Membuat draf arahan dan panduan
2. Semak draf dan mulakan kerja menaip
3. Laminating .
4. Letak atau tampal pada bahagian berkaitan.
Catatan : - 2 label tunjuk arah dan 1 panduan penggunaan siap dan di lekat dan dipamerkan.
Tajuk : Organisasi Bahan (OB)
Proses Teknik Bahan Buku
Proses Teknik Bahan Buku
Masa : 70 minit ( 10.50 -12.00 pagi)
Objektif : 1. Memastikan semua buku baru siap diproses mengikut teknik yang betul
Aktiviti : 1. Semak penerimaan buku
2. Sediakan slip kerja
3. Cap perolehan dan cap hak milik pada bahan
4. Lekatkan kad pinjaman dan slip tarikh pulang
5. Lekatkan label no. panggilan pada buku
Catatan : - Sejumlah 40 buah buku telah siap diproses teknik dari
Syarikat Alam Mutiara ( No Invoice : 43290 )
Contoh Ringkas
Tajuk : Gerakan Membaca dan Literasi Maklumat (GMLM)
Program NILAM
Program NILAM
Masa : 70 minit ( 11.25 -12.35 pagi)
Objektif : 1. Memastikan semua pelajar merekod bacaan Program
NILAM.
2. Membuat pengesahan Buku Rekod Membaca.
Aktiviti : 1. Mengalakkan pelajar yang meminjam buku di PSS buat catatan dalam BRM.
2. Mengesahkan mana-mana buku rekod membaca pelajar.
3. Memastikan bilangan buku bacaan kelompok NILAM
mencukupi di dalam bakul yang disediakan untuk pinjaman
pukal [bulk loan].
Catatan : - GPM membimbing mana-mana pelajar di dalam PSS
membaca dengan teknik yang betul dan membuat catatan.
- Sejumlah 25 buah buku rekod membaca dari tingkatan 5
Ikhlas telah disemak.
- Menambahkan dan menukar ganti buku dari bakul yang
disediakan.[pinjaman pukal]
Jumaat, 23 Mac 2012
Elemen 3 / Esei
Kerja kursus sejarah - elemen 3
- TUGASAN 2
Tulis satu esei tidak kurang daripada 100 patah perkataan yang mengandungi pengamalan
unsur patriotisme berdasarkan soalan di bawah.
Soalan:
BELILAH BARANGAN BUATAN MALAYSIA
Bagaimanakah slogan di atas dapat menyuburkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat di negara kita?
Pelancaran kempen terbaru itu, selepas kali pertama diadakan pada 1998, menandakan komitmen serta kesungguhan kerajaan untuk menggalakkan rakyat mengutamakan barangan tempatan. Kempen itu dianggap bertepatan dalam suasana ekonomi global yang tidak menentu dan diramal bertambah gawat dalam tempoh mendatang ini.Usaha kerajaan mengadakan kempen ini bertunjangkan pada beberapa matlamat seperti atas faktor kepentingan perusahaan tempatan , melindungi pengguna dan mengerakkan ekonomi negara ini melalui kuasa beli rakyat. Dengan membeli barangan tempatan, ia bukan saja menyekat aliran wang ke luar negara, tetapi lebih penting menggalakkan pembangunan industri atau perusahaan tempatan.Tuntasnya tindakan ini merupakan suatu bentuk tindakan yang wajar dan selari dengan aspirasi negara
Rakyat negara ini mempunyai banyak pilihan produk tempatan. Daripada barangan elektronik, keperluan rumah dan perhiasan, sehinggalah kepada barangan keperluan harian seperti makanan. Sebagai negara membangun, Malaysia sebenarnya telah banyak menghasil dan mengeluarkan pelbagai barangan serta produk sendiri. Pendek kata negara ini sudah mampu berdikari dalam usaha memenuhi keperluan dan kehendak masyarakatnyaMungkin sudah tiba masanya bagi rakyat kita tidak lagi mengagungkan barangan luar. Sebabnya, barangan keluaran tempatan kini sudah setanding dengan produk luar dari segi kualitinya, malahan sesetengah produk keluaran negara kita dijamin lebih baik lagi. Dalam nada yang samasemangat cinta akan negara mampu menjadi benteng utuh dalam menggerakkan minda rakyat di negara ini bagi kepentingan bersama . Lantas ia mampu melahirkan suatu rupa bentuk masyarakat yang bersatu padu
Sebagai negara membangun, Malaysia sebenarnya telah banyak menghasil dan mengeluarkan pelbagai barangan serta produk sendiri.Mungkin sudah tiba masanya bagi rakyat kita tidak lagi mengagungkan barangan luar. Sebabnya, barangan keluaran tempatan kini sudah setanding dengan produk luar dari segi kualitinya, malahan sesetengah produk keluaran negara kita dijamin lebih baik lagi.Dalam menghadapi cabaran globalisasi, kita perlu mengikis sikap ego yang sememangnya pun tidak menguntungkan.Demikian juga sikap prejudis memandang rendah barangan tempatan, ia perlu dibuang jauh dari sudut pemikiran kita dan sebaliknya membina semangat “Malaysia Boleh” dari serba-serbi, termasuk soal kualiti dan standard barangan sendiri.Dalam nada yang sama kita sebagai rakyat negara ini wajar berganding bahu membangunkan negara di samping menyahut inspirasi dan halatuju kempen ini hingga mencapai matlamat yang diharapkan.
Sebut saja jenis produk, Malaysia mempunyai segala-galanya. Misalnya kereta, kita telah merintis lebih awal industri automotif, malahan kenderaan keluaran negara kita telah banyak yang menembusi pasaran luar negara.Barangan elektronik seperti televisyen, peti sejuk, penghawa dingin dan kipas juga semakin banyak jenama buatan Malaysia membanjiri pasaran.Ini tidak termasuk barangan berasaskan kain seperti pakaian, pelbagai jenis produk telah dihasilkan oleh pengusaha untuk menandingi produk luar negara.Kita seharunya berasa bangga dan bersyukur menjadi rakyat negara ini.
Yang penting sebenarnya ialah perubahan dari segi mentaliti dan sikap orang kita sendiri, untuk beralih kepada barangan tempatan.Selagi sikap dan mentaliti tidak diubah dan kita terus mengagungkan barangan luar, maka selagi itulah kita tidak dapat mengembangkan produk tempatan negara ini. Tuntasnya rakyat negara ini wajar berada pada pihak peka kepada masalah dan isu yang berkaitan dengan negara.
Dicatat oleh CIKGU RAZAK di Isnin, Mac 19, 2012
Jangan tiru 100% atau 50%...ini cuma contoh untuk mendapatkan idea, garap idea anda sendiri dan pastikan UNSUR PATRIOTME digariskan semasa menghantar kerja kursus
Ahad, 11 Mac 2012
Susunan Kandungan Kerja Kursus Sejarah 2012
Susunan Kerja Kursus Sejarah
- Muka surat hadapan
- Soalan Kerja Kursus
- Jadual perlaksanaan Kerja Kursus
- Kulit/Label ELEMEN 1
- Borang Markah Elemen 1
- Bahan-bahan Elemen 1 mengikut urutan dalam borang Markah Elemen 1
- Kulit/label ELEMEN 2
- Borang Markah Elemen 2
- TAJUK KAJIAN
- Senarai Kandungan / muka surat
10.1 Penghargaan
10.2 Objektif Kajian
10.3 Kaedah Kajian
10.4 Hasil Kajian
10.4.1 Maklumat Asas Produk Tempatan
-Nama produk
-Kategori (nyatakan mengikut tugasan soalan)
-Nama pengusaha/syarikat/status hak milik
-Lokasi
10.4.2 Latar Belakang
-Sejarah kewujudan
-Punca dan jumlah modal (persendirian/ perkongsian/ bantuan/ pinjaman)
-Pendaftaran perniagaan/lesen perniagaan atau jika tanpa lesen sila
nyatakan sebab
-Tujuan/kepentingan produk
-Keistimewaan/kelebihan/keunikan
(Pilih mana-mana empat aspek)
10.4.3 Kaedah/Cara Penghasilan
-Tenaga kerja
-Senarai bahan
-Senarai peralatan
-Proses/peringkat penghasilan
-Spesifikasi produk (timbangan/sukatan/ukuran)
-Langkah-langkah kawalan mutu
(Pilih mana-mana empat aspek)
10.4.4 Perkembangan Produk
-Rangkaian pemasaran
-Pengiktirafan/sambutan daripada pengguna/penghargaan
-Kemajuan yang dicapai (kapasiti pengeluaran/ kakitangan/
teknologi/keuntungan yang diperoleh)
-Lambang/identiti setempat
-Cabaran dan masalah yang dihadapi
-Potensi produk
-Perancangan masa hadapan
(Pilih mana-mana empat aspek)
10.5 Rumusan Unsur patriotisme yang diperoleh daripada
kajian ini.Iktibar kepada diri calon, bangsa dan negara.
10.6 Lampiran Gambar, peta, dokumen dan bahan-bahan lain
yang berkaitan.Tulis kapsyen di bawah setiap bahan lampiran
yang disertakan.
10.7 Rujukan hendaklah ditulis dengan format yang betul.
- Label Tugasan 2 / ELEMEN 3
- Borang markah ELEMEN 3
- Tulis satu esei tidak kurang daripada 100 patah perkataan yang mengandungi pengamalan unsur patriotisme berdasarkan soalan di bawah.
Soalan:
BELILAH BARANGAN BUATAN MALAYSIA
Bagaimanakah slogan di atas dapat menyuburkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat di
negara kita?
( minimum 5 unsur patriotisme)
Rabu, 7 Mac 2012
Panduan Penghargaan, Objektif ,Kaedah ,dan Rumusan Kajian Kerja Kursus Sejarah
Buat pelajar-pelajar yang dikasih...ini contoh, sila ubah suai ikut kesesuaian...jangan ada yang share ibu bapa lak..
Contoh Penghargaan Kerja Kursus Sejarah
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Palong Sebelas (f) ,Puan Rosni Binti Rosli kerana telah memberi sokongan dan dorongan kepada saya ketika menjalankan kajian ini. Saya juga turut ingin berterima kasih dengan guru Sejarah saya iaitu ..............................................kerana telah banyak membantu dan memberi tunjuk ajar kepada saya bagi menyiapkan kerja kursus ini.
Di samping itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya iaitu ...............................................dan .................................kerana telah memberi saya semangat dan dorongan untuk menyiapkan kerja kursus ini.
Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada ............................................ yang telah berbesar hati memberi kerjasama dan membenarkan saya membuat kajian tentang produk yang telah diusahakan dan dipasarkan pada penduduk setempat.
Akhir sekali, kalungan terima kasih kepada sahabat-sahabat saya iaitu .............................dan ......................................yang banyak membantu dan memberi komen ketika menyiapkan kerja kursus ini. Tunjuk ajar, kerjasama dan dorongan yang diberikan oleh semua pihak membolehkan saya berjaya menyiapkan kerja kursus sejarah dengan jayanya.
Contoh Objektif Kajian :
Melalui kajian ini, saya dapat :
- Mengenalpasti sumber-sumber sejarah yang tepat dan benar. Malah, secara tidak langsung ini akan dapat memberi pemahaman dan melatih diri saya dalam membuatkan satu kajian yang bersifat ilmiah.
- Mengukuhkan hubungan sosial dengan masyarakat setempat. Ini disebabkan ketika menjalankan kajian ini, saya akan berhubung dengan masyarakat setempat untuk mendapatkan maklumat. Secara tidak langsung, hubungan dalam masyarakat dapat dieratkan dan semangat kerjasama akan wujud.
- Menghargai dan menanam semangat patriotisme dalam diri saya dan generasi muda yang lain. Dengan kajian ini, akan masyarakat akan lebih menghargai institusi pentadbiran tempatan yang banyak memainkan peranan dalam membantu masyarakat.
Contoh Kaedah Kajian :
1. Kaedah temu bual
Melalui kaedah temu ramah, saya telah menemu bual ................................dari ............................................untuk mandapatkan maklumat yang lebih lanjut tentang kajian ini.
2. Kaedah lawatan dan pemerhatian
Saya telah melawat .................................... untuk mengkaji bagaimana pengusaha tersebut memproses, dan memasarkan produk tempatan tersebut. Banyak maklumat berguna dapat diperolhi berdasarkan pemerhatian saya di sini.
3. Kaedah analisis dokumen
Saya juga turut merujuk dokumen dari .................................. untuk memastikan kesahihan fakta yang ada. Dengan ini, penulisan kajian saya tidak akan diragui akan kebenarannya.
4. Kaedah penyelidikan perpustakaan
Saya juga turut mengunjungi perpustakaan ...............................untuk menjalankan penyelidikan sumber-sumber yang ada di situ. Dengan penyelidikan sumber yang pelbagai seperti buku ilmiah, akhbar, majalah dan sebagainya akan menguatkan lagi kajian saya.
5. Muat turun internet
Saya turut menggunakan kemudahan ict yang terdapat dalam negara kita dengan melayari laman sesawang institusi yang dikaji malah turut memuat turun bahan yang terdapat sebagai rujukan.
6. Kaedah Audio visual
Saya juga turut menggunakan kaedah audio visual dengan melihat rancangan .................................... Dengan maklumat yang diperolehi akan memantapkan lagi kajian yang saya lakukan ini.
Contoh Rumusan
Setelah menjalankan kajian ini, saya dapat memahami lebih dalam tentang perusahaan menghasilkan produk tempatan yang terdapat di temapat saya khasnya dan di negara kita amnya. Hasilnya, saya lebih peka dan menghargai barang buatan tempatan ini dalam membantu ke arah kemajuan ekonomi tempatan dan negara.
Di samping itu, melalui kajian ini juga akan dapat menonjolkan masyarakat yang saling tolong menolong, bekerjasama dan bertoleransi. Ini secara tidak langsung akan dapat memupuk semangat kekitaan dalam masyarakat.
Akhir sekali, kemajuan ekonomi negara bergantung kepada rakyat yang produktif,kreatif dan berinovasi. Sebagai rakyat Malaysia, kita mestilah berbangga produk tempatan dengan kebanggaan inilah yang akan menjadi pemangkin kepada kemajuan dan keharmonian negara kita.
Langgan:
Catatan (Atom)